Thursday, June 18, 2009

MENGAPA UJIAN SEBERAT INI?




Dalam setiap urusan pastinya berlaku masalah. tiada sebarang pekerjaan tidak mempunyai masalah. Dan bagi setiap individu, ada yang menerimanya, dan ada pula yang tidak. Adakah kita tergolong dalam individu yang dapat menerima masalah atau sebaliknya.? mungkin ada sesetengah individu mengeluh dan berkata "MENGAPA AKU DI UJI??" Maka A l l a h S .W. T. menjawab dengan firman-Nya:




apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ”kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta”

(surah al-ankabut, ayat 2-3)


Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah

seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Manusia sering merungut "MENGAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN SEBERAT INI??" Maka Allah S.W.T menjawab menerusi firman-Nya:


”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanny

a”

(surah al-baqarah, ayat 286)


Apabila dugaan yang menimpa pada diri kita, perkara pertama ialah memohon pertolongan daripada A L L A H S. W. T. dan sabar menghadapi dugaan. Manusia berkata, BAGAIMANA HARUS AKU LALUI DENGAN DUGAAN INI??" Maka A L L A H S. W. T. berfirman:


”dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahayang itu amat berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk”

(surah al-baqarah, ayat 45)


Jangan lah kita cepat mengalah dalam menghadapi dugaan, sebaliknya laluinya dengan redha. INGAT!!!!! Segala dugaan yang di lalui akan mendapat balasan dari ALLAH S,W.T. kelak.Manusia akan bertanya APAKAH YANG AKU PEROLEH SEKIRANYA AKU MELALUINYA DENGAN TABAH???" Maka A L L A H S. W. T. berfirman ;

”sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(surah at-taubah, ayat 111)

”....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir’’

(surah yusuf, ayat 12)

Wednesday, May 27, 2009

Monday, May 25, 2009